Pages

Sunday, May 2, 2010

Ibu

ibu
cintamu tulus tiada tandingan
tulus ikhlas menyayangi kami
sayang yang melimpah
kau curahkan
limpahan kasih ibu mithali

ibu
bibir mungil ini
terlalu bersyukur
syukur diatas nikmat
yang ibu berikan
nikmat kurniaa ilahi
kurniaan unggul dan abadi

ibu
ampunkan dosa-dosa kami
dosa yang kami palitkan
dihatimu
hati yang penuh naluri keibuaan
naluri yang tidak mampu
kami selami
hanya kau yang
mampu mengerti

ibu
terima kasih atas segalanya
kasih yang kau curahkan
tiada sempadan
tiada yang serupa denganmu
kerana kau tersendiri
yang tiada galang ganti

No comments:

Post a Comment