Pages

Tuesday, August 10, 2010

Sebab Mata Lelaki Gemar Melihat Badan Wanita

Malam pasangannya siang,Jaga pasangannya tidur,Rajin pasangannya malas,Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu.Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, keranaterus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya denganmelabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...

wasalam......................

Sunday, July 4, 2010

Baca perlahan-lahan dan fahamkan

Baca perlahan2 dan fahamkan.... khas untuk teman2 muslim

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.
Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan
JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.
email nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfatkan nye..INSYALLAH.
semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T. amin.assalamualaikum

Thursday, June 17, 2010

Adakah Cinta Memerlukan sebab???

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang…
Jika disebabkan suara aku mencintai mu…
Sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…
Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu…
Sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu….
Sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu, ia boleh dirasai dalam hati."

Tuesday, June 15, 2010

tanda-tanda hati yang suci....

Hati adalah raja kepada seluruh anggota badan. Tindakan anggota zahir melambangkan keadaan hati batin yang tidak dapat dilihat. Ada hati yang sakit, tetapi tidak disedari oleh tuannya. Bahkan ada yang sampai hatinya mati pun tuannya masih tak tahu tentang kematian tersebut ataupun tanda-tandanya.

Berikut disenaraikan sebahagian tanda hati yang hidup secara sihat. Kalau tanda ini tiada pada kita, ‘mafhum mukhalafah’nya hati kita sudah mula sakit.

1. Faham dan menghayati bahawa dunia ini adalah sebagai ladang untuk dituai hasilnya pada akhirat kelak.

Banyak orang tahu dan faham bahawa dunia ini adalah tumpangan dan akhirat kelak yang kekal abadi. Itu belum memadai jika tidak disertakan pembuktian bahawa kita tidak terjebak dengan perangkap dunia yang sentiasa mempesona. Pesanan Nabi; dunia ini indah menawan. Allah tempatkan kamu di sana supaya dia melihat bagaimana kamu beramal. Takutilah dunia dan takutilah wanita. Kerana fitnah pertama menimpa Bani Israil adalah pada wanita.

2. Rasa gelisah apabila tidak dapat menyempurnakan amalan dan wirid harian.

Sebagai muslim yang mengharapkan keredhaan Allah, setiap orang daripada kita perlu ada wirid harian yang menjadi amalannya. Sebagai contoh, membaca doa-doa yang ma’thur (sahih datangnya dari Nabi Muhammad SAW) pagi dan petang, membaca beberapa muka ayat al-Quran, beristighfar sebanyak seratus kali, berselawat ke atas Nabi SAW dsb. Ada orang menyediakan senarai semak atau muhasabah harian untuk memastikan amalan hariannya dipatuhi.

Kalau kita boleh mendisiplinkan diri kita untuk membeli dan membaca surat khabar dan menonton TV setiap hari selama berjam-jam, mengapa tidak boleh kita khususkan beberapa ketika untuk berzikir, istighfar, tilawah al-Quran dsb. kerana Allah. Perlu diingat, tidak semestinya kita duduk atas sejadah sahaja untuk zikir dan wirid tadi. Ada orang tidak sempurna harinya jika tidak membaca akhbar harian, tetapi langsung tidak tersentuh hati atau rasa bersalah jika tidak sempat membaca al-Quran. Pernah sekali saya menegur orang begini, dia menjawab; baca Quran tu bukan wajib! Subhanallah! Bukan saya nak menghukum, tetapi kita boleh soal balik; baca surat khabar tu wajib ke? Dalam masa yang sama, nilai dan hukumlah di mana letaknya diri kita sendiri?

3. Tidak reda masanya terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Pentingnya masa sampaikan Allah bersumpah dengannya dalam al-Quran; Demi masa, demi fajar, demi dhuha, demi malam… Nabi sendiri pernah berpesan; rebutlah masa lapang sebelum datang masa sibuk. Pepatah Arab menyebut; waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak memotongnya, ia akan memotong engkau. Tidak ketinggalan juga pepatah Melayu kita; waktu itu umpama emas. Manakala mujaddid kurun kedua puluh mengingatkan; waktu itu adalah kehidupan. Maka, jika kita mensia-siakan masa yang dianugerahkan Allah, bermakna kita telah mensia-siakan kehidupan kita sendiri!

Membuang masa sama ada dengan membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengisian, atau membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Sama ada manfaat dunia mahupun akhirat. Sama ada manfaat itu untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Andaikata membaca coretan ini membuang masa, tinggalkanlah. Andaikata kita menaip sesuatu yang tiada manfaat, tinggalkanlah. Kerana ia menjadi indikator kesihatan hati kita!

4. Putus hubungan dengan dunia semasa solat bahkan merasa nikmat dan rehat ketika menunaikannya.

Bila kita mengangkat takbir ‘Allahu Akbar’ kita telah mengagungkan Allah Taala dan meletakkan dunia dan isi kandungnya di belakang. Tidak dibawa sama dalam solat. Sebab itu antara adab solat ialah memastikan kita betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal. Makruh solat dalam keadaan makan sudah terhidang sebagaimana makruh juga solat jika menahan kencing, kentut dsb. Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai ‘ruang rehat’ baginda ketika bersabda kepada Bilal; rehatkanlah kami (dengan solat) wahai Bilal!

Kalau kita tidak memahami makna perkataan dalam solat (walaupun dah dua puluh tahun solat!), masih sempat mencongak bajet keluarga bagi tahun 2010 dalam solat, masih sempat mencari destinasi percutian hujung tahun dsb., maka akuilah bersama bahawa hati kita masih belum sihat.

5. Tidak jemu berzikir kepada Allah dan berkhidmat kepadaNya, dan lebih suka bersahabat dengan orang yang menunjuk dan mengingatkannya kepada zikir dan khidmat tadi.

Jika kita tahu kedudukan kita sebagai hamba Allah, nescaya kita tidak akan jemu untuk berzikir kepadanya. Jika kita tahu peranan kita sebagai khalifah Allah, nescaya akan kita akan berusaha menunaikan amanah tersebut. Juga kita lebih suka mendampingi individu, majlis atau organisasi yang boleh membimbing kita berkhidmat untuk agama Allah. Kalaulah matlamat hidup kita sekadar memuji Allah, nescaya Allah tidak jadikan kita, sebab para malaikat lebih banyak zikir, tahmid dan tasbih mereka kepada Allah. Tapi Allah cipta kita berkhidmat sebagai khalifah di atas muka bumi ini, satu amanah yang amat berat. Kita tentu akan lebih cenderung mendampingi dan didampingi orang-orang yang akan membimbing, membantu dan mendorong penyempurnaan amanah tadi. Berbalik kepada tajuk, jika kita langsung tidak memikirkan tugas sebagai khalifah tadi dan berusaha menyempurnakannya, akuilah bahawa hati kita kurang sihat.

6. Tumpuan lebih diberikan kepada memperbaiki amal daripada memperbanyakkan amal.

Orang yang bijak sentiasa memuhasabah amalnya supaya diterima Allah. Bukannya banyak beramal tetapi ditolak oleh Allah. Jauh lagi, kalau hanya banyak bercakap, pandai komplen dan mempertikaikan tindakan orang lain, tapi diri sendiri tidak menyumbang apa-apa. Secara khusus, aspek yang perlu sentiasa diperbaiki ialah dari segi ikhlas, jauh dari ujub dan sum’ah, melaksanakan nasihat, muhasabah diri, ihsan dan merasa kurang dalam menunaikan hak Allah. Sebab itu ilmu dan berdamping dengan orang berilmu adalah perlu supaya amal sentiasa diterima Allah.

Moga Allah perlihatkan kelemahan diri kita sendiri supaya kita sedar dan berusaha memperbaikinya. Tidak kiralah kelemahan tersebut ditunjukkan oleh siapa, yang penting kita mengakui kelemahan diri dan membaikinya.

Wednesday, June 9, 2010

kadar cinta che dek and azahar

Dear Ct Azahar, berdasarkan hasil test anda, berikut ini hasil kadar cinta anda:

Cinta salah satu prioritas penting dalam hidup Anda. Anda bisa menikmati romantisme dan mampu mempertahankan hubungan. Hubungan cinta yang stabil tidak datang begitu saja. Sementara Anda punya kecenderungan untuk sedikit curiga dengan si dia, sampai Anda merasa sudah betul-betul mengenalnya. Ini bisa menimbulkan konflik. Padahal sebenarnya Anda orang yang menyenangkan dan sangatromantis. Mencintai dan dicintai seseorang mendatangkan kebahagiaan pada Anda. Kalau saja bisa menampilkan sosok Anda yang sebenarnya serta si dia bisa mengerti Anda, hubungan anda berdua akan bahagia.

4 PERKARA BAWA KEBAHAGIAN MANUSIA

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
.dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- lah HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Hadis: Empat perkara bawa kebahagiaan manusia

Oleh Drs Wan Aminurrashid

SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.

Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu.

Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.

Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.

Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.

Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.

Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.

Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”

Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami.

Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.

Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini.

Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya.

Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia.

Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman. Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah.

Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).

Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.

Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita.

Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah.

Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.

Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.

Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan.

Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhati-hati, iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi ’tuan’ kepadanya.

Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan. Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.

Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.

Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.





"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Sunday, June 6, 2010

rindu


Rindu sangat-sangat kat azahar...
terbayang-bayang kenangan bersama dengannya.time balik kampung hari tu (kelantan)..rasa happy sangat-sangat..kejap je masa berlalu...rasa macam masa mencemburui aku lh pulak...
bila bersama dengan die aku rasa macam dunia nie berhenti berputar..jarum jam macam xbergerak..bahagianya time tu hanya tuhan je yang tahu...
3 hari turut-turut kite orang luangkan masa bersama-sama..rasa bahagia sangat..xdapat aku nak bayangkan bertapa happy nya aku time tu.semua yang aku cakap,semua yang aku nak and mana aku nak pergi semua die turuti...harap-harap kenangan tu akan berulang lagi...

aku harap kebahagian ini akan terus berkekalan selama nya..
sampai akhir hayat aku..
miss u so much cayanggg..

Wednesday, June 2, 2010

bosan tahap gaban

mengantuknya...
hari nie masuk ofis xda benda nak buat..asik layan facebook je bosan jugak..nak borak-borak dengan kakak-kakak kat ofis nie semua macam busy je..xtau lh busy buat keje ke atau busy buat benda lain..heheheh
masing-masing kusyuk je layan internet.asik pandang pc je..huhuhu..lantak dia orang lah..janji happy dah..
aku pulak xtau nak buat apa..bosan gile..kalau hari-hari macam nie mahu jadi xsiuman aku dibuatnya..nak mesej dengan pakwe xtau dah bangun ke belum...aduh bosan nya...
nak layan facebook sampai xterlayan dah..semua game aku dah main..sampai naik bosan dah aku tengok game tu..sabar je lh...
tapi hari nie aku bawak novel datang ofis.tajuk nya Maafkan Ku Sayang....jap-jap lagi boleh lah baca novel tu..nak baca sekarang line xclear coz nya bos ada lagi..kalau dia dah keluar boleh lah baca..xpun boleh aku tidur..hehehehhe..bos cepat lah keluar...(melampau betul staf) hehehehheh...
hari nie xda mood lah..xtau nape..bosan tahap gaban dah nie..nak kata xcukup tidur rasanya semalam awal dah aku tidur..nak kata sakit sihat je nie..apa yang xkena dengan diri aku nie pun xtau lah..huhuhu..xsuka lah perasaan macam nie...
maybe aku rindu sanagat-sangat pada dia kot (azahar)..huhuhu..dia rindu aku x ek????


bos dah nak kuar..yahooooooo...boleh lah aku baca novel jap..ehehheheheh..pergilah lama -lama cikit bos..ehheheh..aku suka...hahhahahahahaha...

Tuesday, June 1, 2010

penat

penat betul lh...semalam baru bertolak dari kelantan datang damansara..xda rehat xda apa hari nie terus datang kerja..penat woooo...
pusng betul lh kepala aku nie...semua keje xjadi nk buat..nk tau knp????hehehehhe..sebabnya aku mengantuk lh..dah lah semalam dalam bas xboleh nak tido..coz nya ada sorang mamat tu aku xtau same ada die tu btl ke x.(jahat nya cakap org) suka sangat buat bising,asik duk menyalak je..pastu kacau orang tido..nasib baik lh aku duk jauh dari tempat die..klu x takut jagak aku dibuatnya..kacau betul...
sampai rumah td xrehat pun.tu buat kepala otak aku pening cikit nie...kalau boleh tido kan best..huhuhuhu..penat sangat2 nie...

Wednesday, May 19, 2010

sunyi sepi...

hari nie 1 hari die xmsj aku...marah sgt ke.??????die yg cari pasal ngn aku..knp nk marah2 aku nya...die xpernah buat hal mc nie...ke mmg btl die dh ada org lain??????klu betul aku mc mn..sape nk nk syg aku lg????sedih lh...

klu btl die dh xsyg aku xpe lh..aku akn cuba jauhkan diri dari die..mybe tu yg die nk..biar lh semua nie aku tanggung sorang diri..dah nasib aku kot..ditinggalkan tanpa sebarang berita...

mc mn lh hidup aku kalau die xda...ada kah akan happy mc nie lagi...xtau nk cakap lh apa akan jadi..huhuhuhu...plz air mata jangan menitis saat nie..aku masih perlukan kekuatan untuk harungi semua nie...mybe aku perlu berbincang dengan die tentang hubungan nie...klu betul die dah xnak aku lg..ok aku akan terima dengan seadanya..(walau pun hanya dimulut)..klu tu yang boleh buat die bahagia...

huhuhuhu yang aku tau sekarang nie aku sedih sangat-sangat..................

Sunday, May 16, 2010

cinta

Cinta suci itu milik orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.milik mereka yang masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati.milik mereka yang masih mencintai.walaupun mereka telah disakit.dan milik mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan bahawa cinta bukan untuk sementara tetapi untuk selamanya.

permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri.dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.jika tidak kamu hanyalah mencintai pantulan dari diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

bercinta memang mudah untuk dicintai juga mudah.tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi..

cinta sejati adalah saat kau dapat merelakan CINTA itu bahagia,bukan untuk mendapatkannya

satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

hanya cinta yang bisa menaklukkan dendam
hanya kasih sayang tulus yang mampu menyentuh
hanya cinta yang bisa mendamaikan benci
hanya kasih sayang tulus yang mampu menembus ruang dan waktu.

Friday, May 14, 2010

kesal

kenapa jadi mc nie ek..aku pun xtau sampai bila hubungan aku ngn die akan ok..asik gaduh je...tenson lh mc nie
semalam msj ngn die..lambat bukan main lg nk blh reply msj aku...kadang2 buat aku terfikir jgk"die dh bosan ngn aku ke"???????..yang sakit hati nya smlm aku buka facebook die..ada sorg ppuan tu add die..aku tanya sape ppuan tu..coz nya name die mc pernah dgr je...die blh ckp xkenal..aku apa lg hanging lh..coz nya aku tgk biodata ppuan tu yg die pun keje kt satu tempat ngn die....sabar je ct...

aku xtau dh nk cerita kt sape....
pendam sorg2 je lh jwb nya...



Thursday, May 13, 2010

Resepi Rahsia Cinta

1) kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita.berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia.ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut

2) kekuatan untuk menghormati
kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka.
orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri.untuk mulai menghormati diri sendiri,kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku".Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain,bahkan dari orang yang kamu suka,kita patut bertanya pada dirin sendiri"apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

3) kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta,kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu.makin banyak cinta kamu beri,makin banyak yang akan kamu terima.Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan.Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir"Apa yang dapat aku beri" dan bukan apa yang akan aku dapat?

4) kekuatan persahabatan
untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu.cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan,tapi lebi bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya,bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan,kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5) kekuatan dari sentuhan
sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta,kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6) kekuatan untuk melepaskan
"jika kamu mencintai seseorang,bebaskanlah dia,jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu.jika tidak ,aka dia tidak akan pernah jadi milikmu".bahkan dalam hubungan percintaan,seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.Jika kita mahu belajar untuk mencintai,pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.Mencintai bererti melepaskan rasa takut,curiga dan ego."hari ini aku melepaskan semua rasa takutku masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku.hari ini adalah lembaran baru hidupku.

7) kekuatan dari komitmen
jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah kamu harus mampu menciptakan komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta,kamu harus setia dengan hubunganmu itu.Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang berhenti mencintainya bukan merupakan pilijan.komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur dengan hubungan yang kuat.

8) kekuatan semangat
semangat membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.semangat yang terus berkobar bukan hanya datang dari tarik fizikal tapi datang dari komitmen yang dalam kemahuan dan rasa saling tertarik.Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya.Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh semangat.

9) kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatau hubungan.Tanpa rasa percaya seseorang bisa menjadi curiga,cemas dan tekut dan orang lain akan merasa terperangkat dan secara emosional menjadi tertekan.Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cinta tidak akan berakhir.Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu,tanyakanlah pada dirimu sendiri."apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati?" jika jawapanya adalah "tidak" maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya..

Wednesday, May 12, 2010

BENARKAH CINTA ITU MENYAKITKAN

setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri.Ada yang kata cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya.Tetapi ada juga yang kata cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya.dan ada juga yang kata cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan ianya memang benar.walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu,akan ada juga masalah yang timbul ianya boleh diibaratkan langit tak semestinya sentiasa cerah.Dalam berkapel ini,kita memang tidak boleh lari dari masalah bahkan kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini semakin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah.Apa yang dijanjikan selama ini menjadi dusta belaka.Ketika baru sahaja clash,semuanya menjadi tak kena.Semuanya dipersalahkan.Itu tak betul,ini tak betul.Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi,sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang,ingatlah Cinta ini tak semuanya indah.dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.Yang pasti dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan.Cuma kita tidak tahu,bila ia akan berlaku.mungkin hari ini,esok,lusa dan bila-bila masa.....

Tuesday, May 11, 2010

Bicara buat ummi

Maaf ummi
andai sesekali aku palingkan muka
dari merenung iras wajahmu
lantaran ada rasa
yang bergetar dalam dada
sukar kau baca

Maaf ummi
andai sesekali aku bungkam tanpa kata
lantaran ada duri
yang menyucuk dalam diri
sukar kau cari

maaf ummi
jika makin subur lalang duka laramu
lantaran kerenah seorang aku
namun hati anakmu ini
ada kalanya harus kuladeni
sendiri....

monolog rindu seorang anak

Buat ibu pergi tak kembali


Emak...hari ibu semakin kelabu
tanpamu memberi restu
Emak....lembut tanganmu semakin kaku
anakmu merintih di tinta lesu
segulung ijazah jawapan kasihmu
namun jenazahmu terbujur syahdu

Emak...semangat anakmu tetap jitu
menjadi benteng dunia hitam putih yang palsu
Emak...aku dilihat lemah tak bermaruah
namun segala kasih dan sayangmu nan mewah
aku takkan mati sebegitu mudah

Emak...kurindu air tanganmu marah jeritmu
ibarat sonata Siti merdu berlagu
Emak...bersemadi tenang di alam sana
anakmu kirimkan doa dalam rindu bertamu
bersama yasin dan zikir bertalu...

Monday, May 10, 2010

bosannya

apa nak buat pun aku xtau lh....kenapalah rasa bosan yang melampau sangat nie....aku rasa dah tahap gaban dah nie...nak mesej dengan kawan-kawan semua busy je memanjang......nak layan facebook sampai xterlayan dah...nk borak-borak dengak akak-akak kat ofis nie tengok dia orang macam busy je..xtau lh busy apa benda..buat keje ke layan internet ke???aku pun xtau...nak baca paper bos ada..kan xpasal-pasal bos datang suruh aku masuk bilik jump die pulak..masalah jgk tu....nk buat apa nie...huhuhuhu...boring sagat-sagat nieeeeeeeeeeeeeee

Sunday, May 9, 2010

renungan bersama...

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau dia tak kelihatan...bukti kasihnya,kita wujud didunia pinjaman ini...Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah tuhan menguji setiap hambanya yang mengakui keimanan kepadanya..jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.....

Thursday, May 6, 2010

KEBERKATAN WAKTU

keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita.yakinilah kita diciptakan untuk suatu tugas yang amat penting dan waktu ialah modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas tersebut dengan baik..

Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yang baik kita tidak akan dapat menunaikan tugas tersebut dengan sempurna...Oleh sebab itu bagi hamba-hamba Allah yang sejati,waktu jauh lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta benda pun di dunia ini....

Wednesday, May 5, 2010

Mencari Kebahagian Abadi

Dimana??Di sisi Tuhan...
Firman Allah,maksudnya:Di tempat yang sunguh bahagia,di sisi Tuhan yang Maha Menguasai segala-galanya,lagi yang berkuasa melakukan sekehendak-nya
(surah al-Qamar 54-55)

Bagaimana??Dengan Mengutamakan Akhirat..
Firman Allah,maksudnya itulah orang-orang yang membeli(mengutamakan)kehidupan dunia(dan kesenangan) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagian dalam kehidupan)akhirat:maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat)dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan..
(surah al-baqarah 86)

Dengan sabar dan takwa
Firman Allah,maksudnya:oleh itu bersabarlah sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa
(surah Hud 48)

Untuk siapa??Yang beriman dan beramal soleh..
Firman Allah maksudnya:orang yang beriman dan beramal soleh,beroleh kebahagian yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya..
(surah al-ra'd 13-29)

yang beroleh hidayah...
Firman Allah,maksudnya:dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagian..
(surah al-Isra 17-97)

Monday, May 3, 2010

mutiara kata...

1) Jalan yang kita lalui
Kadang kala jalan yang sedang kita lalui tidak sepenting arah yang kita tuju..sometimes the path yau're on is not as important as the direction you're heading...~Kevin Smith

2) Action dan mimpi
Untuk mencapai kesuksesan kita jangan hanya bertindak,tapi juga perlu bermimpi,jangan hanya berencana,tapi juga perlu untuk percaya...~Anotole France

3)Bakat kita
Bakat yang kita miliki adalah hadiah dari tuhan untuk kita...Apa yang dapat kita hasilkan dari bakat tersebut adalah dari kita untuk tuhan...Our talents are the gift God gives to us..What we make of our talents is our gift back to god..~Leo Buscaglia

4)Mengejar Mimpi
Semua impian kita dapat menjadi nyata,jika kita memiliki keberanian untuk mengejarnya..All our dreams can come true,if we have the courage to pursue them.~Walt Disney

5)Sikap kehidupan
Kelakuan kita terhadap kehidupan menentukan sikap kehidupan terhadap kita ..Out attitude toward life determines life's attitude towards us..~Earl Nightingale
Mutiara kata

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas ini,kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri..

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita,tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun.fikirlah perasaannya sama seperti perasaan kita...ingin mencintai walaupun tidak dicintai.hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan..

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya..

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang.kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun.Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat..

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu.tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah.kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.kadang-kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita.Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama...tidak terkecuali cinta..jadi terimalah realiti..di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian...

Sunday, May 2, 2010

fahami erti cinta

1) cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetian pasangan yang bercinta

2) apabila manusia gagal mencintai Allah maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

3) kamu sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang dibina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

4) cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang bkan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

5) orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

6) cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran.hanya dengan keikhlasan dan kejujuran cinta sejati dapat dibentuk.

7) kamu sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan

8) kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab'cinta itu buta'tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

9) kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya kemu sering mengucapkan'aku cinta padamu'dan'Adakah kau mencintaiku'.

10) cinta adalah anugerah tuhan,mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada seseorang.

cebisan memori

cebisan memori

kalian temanku disini
disaat riang dan sepi
suka dan duka kita rasai
namun tika ini
biarpun berat hati
terpaksa jua aku pergi
membawa hati yang keresahan
yang kebimmbangan
yang kegusaran
takut gugur
di kemudian hari

kita bersatu kerana harapan
kita bersatu dengan satu tujuan
kita bersatu kerana wawasan
agar berjaya tempuhi cabaran

tiada kejayaan semanis madu
tiada usaha sepahit hempedu
oleh itu aku berlalu
inginku lalui sebuah liku
kerana disitu tempatku
selamat tinggal temanku...

Ibu

ibu
cintamu tulus tiada tandingan
tulus ikhlas menyayangi kami
sayang yang melimpah
kau curahkan
limpahan kasih ibu mithali

ibu
bibir mungil ini
terlalu bersyukur
syukur diatas nikmat
yang ibu berikan
nikmat kurniaa ilahi
kurniaan unggul dan abadi

ibu
ampunkan dosa-dosa kami
dosa yang kami palitkan
dihatimu
hati yang penuh naluri keibuaan
naluri yang tidak mampu
kami selami
hanya kau yang
mampu mengerti

ibu
terima kasih atas segalanya
kasih yang kau curahkan
tiada sempadan
tiada yang serupa denganmu
kerana kau tersendiri
yang tiada galang ganti

Friday, April 30, 2010

Andai


Apabila kita ingin berteman
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan sat kelemahan
kita mungkin akan menjauhinya

andai kita ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan
kita akan membencinya

Andai kita inginkan sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu
kita mungkin akan memfitnahnya

andai kita inginkan seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak pandai menceriakan
kita mungkin akan menyalahkannya

Andai kita ingin bersahabat
terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat
yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna
kerana kita juga tidak sempurna
tiada siapa yang sempurna
melaikan DIA

tips diet seimbang

1 Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……