Pages

Thursday, May 6, 2010

KEBERKATAN WAKTU

keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita.yakinilah kita diciptakan untuk suatu tugas yang amat penting dan waktu ialah modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas tersebut dengan baik..

Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yang baik kita tidak akan dapat menunaikan tugas tersebut dengan sempurna...Oleh sebab itu bagi hamba-hamba Allah yang sejati,waktu jauh lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta benda pun di dunia ini....

Wednesday, May 5, 2010

Mencari Kebahagian Abadi

Dimana??Di sisi Tuhan...
Firman Allah,maksudnya:Di tempat yang sunguh bahagia,di sisi Tuhan yang Maha Menguasai segala-galanya,lagi yang berkuasa melakukan sekehendak-nya
(surah al-Qamar 54-55)

Bagaimana??Dengan Mengutamakan Akhirat..
Firman Allah,maksudnya itulah orang-orang yang membeli(mengutamakan)kehidupan dunia(dan kesenangan) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagian dalam kehidupan)akhirat:maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat)dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan..
(surah al-baqarah 86)

Dengan sabar dan takwa
Firman Allah,maksudnya:oleh itu bersabarlah sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa
(surah Hud 48)

Untuk siapa??Yang beriman dan beramal soleh..
Firman Allah maksudnya:orang yang beriman dan beramal soleh,beroleh kebahagian yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya..
(surah al-ra'd 13-29)

yang beroleh hidayah...
Firman Allah,maksudnya:dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagian..
(surah al-Isra 17-97)

Monday, May 3, 2010

mutiara kata...

1) Jalan yang kita lalui
Kadang kala jalan yang sedang kita lalui tidak sepenting arah yang kita tuju..sometimes the path yau're on is not as important as the direction you're heading...~Kevin Smith

2) Action dan mimpi
Untuk mencapai kesuksesan kita jangan hanya bertindak,tapi juga perlu bermimpi,jangan hanya berencana,tapi juga perlu untuk percaya...~Anotole France

3)Bakat kita
Bakat yang kita miliki adalah hadiah dari tuhan untuk kita...Apa yang dapat kita hasilkan dari bakat tersebut adalah dari kita untuk tuhan...Our talents are the gift God gives to us..What we make of our talents is our gift back to god..~Leo Buscaglia

4)Mengejar Mimpi
Semua impian kita dapat menjadi nyata,jika kita memiliki keberanian untuk mengejarnya..All our dreams can come true,if we have the courage to pursue them.~Walt Disney

5)Sikap kehidupan
Kelakuan kita terhadap kehidupan menentukan sikap kehidupan terhadap kita ..Out attitude toward life determines life's attitude towards us..~Earl Nightingale
Mutiara kata

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas ini,kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri..

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita,tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun.fikirlah perasaannya sama seperti perasaan kita...ingin mencintai walaupun tidak dicintai.hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan..

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya..

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang.kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun.Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat..

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu.tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah.kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.kadang-kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita.Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama...tidak terkecuali cinta..jadi terimalah realiti..di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian...

Sunday, May 2, 2010

fahami erti cinta

1) cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetian pasangan yang bercinta

2) apabila manusia gagal mencintai Allah maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

3) kamu sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang dibina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

4) cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang bkan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

5) orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

6) cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran.hanya dengan keikhlasan dan kejujuran cinta sejati dapat dibentuk.

7) kamu sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan

8) kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab'cinta itu buta'tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

9) kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya kemu sering mengucapkan'aku cinta padamu'dan'Adakah kau mencintaiku'.

10) cinta adalah anugerah tuhan,mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada seseorang.

cebisan memori

cebisan memori

kalian temanku disini
disaat riang dan sepi
suka dan duka kita rasai
namun tika ini
biarpun berat hati
terpaksa jua aku pergi
membawa hati yang keresahan
yang kebimmbangan
yang kegusaran
takut gugur
di kemudian hari

kita bersatu kerana harapan
kita bersatu dengan satu tujuan
kita bersatu kerana wawasan
agar berjaya tempuhi cabaran

tiada kejayaan semanis madu
tiada usaha sepahit hempedu
oleh itu aku berlalu
inginku lalui sebuah liku
kerana disitu tempatku
selamat tinggal temanku...

Ibu

ibu
cintamu tulus tiada tandingan
tulus ikhlas menyayangi kami
sayang yang melimpah
kau curahkan
limpahan kasih ibu mithali

ibu
bibir mungil ini
terlalu bersyukur
syukur diatas nikmat
yang ibu berikan
nikmat kurniaa ilahi
kurniaan unggul dan abadi

ibu
ampunkan dosa-dosa kami
dosa yang kami palitkan
dihatimu
hati yang penuh naluri keibuaan
naluri yang tidak mampu
kami selami
hanya kau yang
mampu mengerti

ibu
terima kasih atas segalanya
kasih yang kau curahkan
tiada sempadan
tiada yang serupa denganmu
kerana kau tersendiri
yang tiada galang ganti